Monday, January 14, 2013

Indahnya Hidup Ini Andai Rasulullah SAW Ada D'dunia Ini...

Bismillah....

Pejam celik..pejam celik....sudah pertengahan bulan januari bersamaan 3 Rabiulawal 1434H...korang semua tau tak apa yang 'SPECIAL' sangat bulan ini...tau tak??...tak tau ea..spe2 yang tau alhamdulillah...yang tak tau tu takpe eypa beritahu yup..eheh...bulan ini mengikut kalendar islam merupakan hari kelahiran nabi teragung, iaitu MUHAMMAD BIN ABDULLAH...baginda dilahirkan pada 11 Rabiulawal pada tahun Gajah...Kelahiran baginda d'dunia ini pada masa itu merupakan khabar berita gembira kepada semua umat Islam kerana baginda yang akan menjadi pemimpin dan membantu memperluas agama Islam bukan sahaja di Tanah Arab malah seluruh pelosok dunia....masyaAllah...

Jika kite menyenaraikan perjuangan dan sumbagan baginda..Ya Allah sangat banyak tak terkira...(rasanya kalau tulis kat blog memang penuh)...betapa besar pengorbanan baginda SAW dalam memperjuangkan agama Islam..allahuakhbar..kita sebagai hamba mesti mengingat dan mengikut sunnah  baginda SAW...sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,, "kamu mesti pegang 2 perkara nescaya tidak akan sesat selamanya.., iaitu Al-Quran dan SunnahKu"...

Pada zaman sekarang...setiap tahun umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda kita mengingati Rasulullah SAW....tetapi eypa tertanya apakah kita hanya meraikan sambutan tersebut atau sebaliknya..waallhualam...tepuk dada, tanya selera...

Okey ar..itu sahaja jer coleteh eypa...yang baik daripada Allah, yang buruk daripada kelemahan eypa sendiri...minta maaf andai eypa tersilap bicara..kalau ada yang salah sila tegur-menegur kerana kita semua sentiasa membuat kesilapan...walaubagaimanapun daripada kesilapan kita jugak kita dapat memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik..insyaAllah....END~

*Eh..lupa sebelum tu..(t'lupa lak)....sama2 kita m'hayati lirik lagu tersebut..insyaAllah :)

Raihan

Ya Rasulullah 

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

No comments:

Post a Comment