Wednesday, January 9, 2013

Pejam celik..pejam celik...

Bismillah...ehehe...rajin betul eypa ni m'blog..ye ar kan baru je habis final exam tuk semester 1....alhamdulillah berjalan lancar semuanya..sekarang ni kena memperbanyak doa supaya penanda2 kertas peperiksaan berasa tenang semasa menanda dan dapat bantu kita dapat markah yang terbaik insyaAllah...amin

Tapi kan sebanarnya ada cerita tragis masa minggu akhir periksa...ini cuma untuk berkongsi cerita jadikan ia sebagai peringatan terutamanya kepada semua pemandu2 kenderaan tak kisah ar naik motor or kereta...cerita begini, masa tu hari hujung minggu dan esok petang kitorang ada kertas teknik pengaturcaraan (sebenarnya lebih selesa panggil programming nak kasi pembaca faham) (^^)...eypa masa tuk tengah tengok cerita kat laptop (rehat jap kepala tengah beku dek penuh ngn pgramming + osk errr..)..tiba2 datang sorang kawan sekelas eypa..solehah nama d'beri..dye mntak tolong fotostat kad IC n lesen dye nak keluar pergi rumah kawan dye pakai kereta sewa nak hantar barang..solehah dok kelantan tak kan nak angkut semua nya lagipun dye naik flight tak ley bawak barang berat2..so eypa pon tolong dye (kalau ikutkn eypa nak bawak balik printer balik rumah masa mak abah datang tapi terniat kt hati mungkin nak guna kot)...sebelum solehah keluar dari bilik eypa sempat cakap dengan dye...."solehah, hati-hati bawak kereta"..solehah senyum  dan ucap terima kasih kat eypa...tak kisah ar kan tak de apa2 masa tu...

Beberapa jam kemudian, eypa turun bawah nak ambik air kat mesin air (stok kat bilik da habis)...sementara tunggu air penuh eypa pergi jalan2 kat area bawah tu...masa lalu kat surau, berselisih pulak ngan kaq zue (xpdt KMJ)...akq nak keluar dengan hajar (classmate n roommate solehah) sekali jugak dengan solehah dan tasnim (tapi tak jumpa diorang berdua pon)...sekejap jer sebab masa tu diorang tengah kelam kabut...so eypa pon balik semula ke bilik..tapi kan sepanjang petang tu hati eypa rasa tak tenteram..tangan mengigil.."Ya Allah, kenapa dengan aku ny ?!"...kalau perasaan macam tu, mesti ada sesuatu yang akan terjadi tapi tak tau bila dan apa...eypa selalu macam tu hurm....eypa ingat mungkin berdebar kot sebab kertas subjek sok memang d'katakan "KILLER SUBJECT"... >_<

Perasaan tu berlanjutan sampai ke malam tapi kurang sikit daripada petang tadi...malam tu eypa study macam biasa...pada pukul 11 lebih akq zila (classmate eypa) telefon eypa dan beritahu yang solehah, hajar, kaq zue n tasnim kemalangan..langgar pokok...YA ALLAH!!!!...memang terkejut eypa masa tu padahal eypa baru jer berselisih dan tegur diorang (kecuali tasnim sebab tak jumpa)...lepas eypa tau jer berita tu, mood study eypa terus makin lama makin berkurang..astagfirullah...eypa memang tak sangka...ingat nak melawat tapi da lewat malam dan p'lawat tak d'benarkan masuk...hurm nak wat cam na??

Eypa terus bukak FB nak tengok berita terkini pasal diorang...nasib baik ada seorang kawan dan akq sentiasa update perkembangan terkini pasal diorang...menurutnya, tasnim cuma cedera ringan dan sudah balik ke kolej kediaman, kaq zue ada masalah kat rahang dan perlu dibedah, solehah pulak lebam2 di muka, lidah hampir putus tapi alhamdulillah sudah dijahit dan hajar...er...nak tulis ny pon rasa berat hati ni...dye..patah kaki kiri, tulang belakang retak, n masalah saraf tunjang..menurut doktor kemungkinan dye akan lumpuh..YA ALLAH...terkejut kitorang satu kelas, yup kitorang sangat risau n banyak berdoa kat hajar n kawan2 yang terbabit dalam kemalangan supaya selamat dan sembuh...

Esok tengah hari, solehah telefon eypa dan mintak ambilkan kunci kat pejabat felo..masa eypa dengar suara dye, perlahan n nada sedih..eypa tahan jer sebak...tapi masa tu tak jelas sangat sebab suasana dalam hospital sangat bising...eypa memang blank sekejap nak kena wat apa...n eypa xtau yang solehah balik kolej kediaman nak packing barang n masa tu waktu rehat..memang clumsy eypa masa tu...kunci tak dapat ambik lagi kena tunggu habis waktu rehat, padahal waktu tu da nak mula exam..alhamdulillah ada kawan sudah tolong ambikkan kunci...eypa rasa serba salah tak dapat nak tolong solehah..n eypa hampir2 nk menangis bila tengok muka solehah...Ya Allah...kuatkanlah semangat sahabat-sahabatku ini...

Sekarang ni, dah masuk 3 hari selepas terima berita tersebut..alhamdulillah semua dalam keadaan stabil dan pembedahan hajar berjaya...sekarang ni doktor kasi ubat tidur bagi hajar berehat...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....tapi kitorang sentiasa berdoa kepada Allah supaya solehah, hajar, kaq zue, dan tasnim sembuh seperti sedia kala dan dapat teruskan pengajian di U insyaAllah...amin....Ya Allah, betapa kuatkan semangat mereka, bagaimana jika dugaan ini berlaku ke atasku? Adakah aq kuat menghadapi dugaan tersebut?...wallahualam...

Daripada cerita tersebut, eypa nak bagi nasihat juga untuk diri eypa sendiri supaya memandu dengan lebih berhati-hati di jalan raya...sekarang ni pon musim tengkujuh kan...ingatlah orang yang tersayang sedang menanti kepulanganmu...setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya...

*Cepat sembuh ea solehah, hajar, kaq zue, dan tasnim...sayang kamu semua kerana Allah...END~



*rindu kenangan masa kita bersama-sama....(erk romantik lak eypa ny =.=')...

No comments:

Post a Comment